Tuesday 22 November 2011

PERTANDINGAN BOLING PRS UNIMAS

Pada 19 November 2011, Pembimbing Rakan Siswa UNIMAS telah menganjurkan pertandingan boling dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswa UNIMAS. Pertandingan ini diadakan di BHEP dan bermula dari pukul 7.30 malam dan tamat pada 9.00 malam. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan mengisi masa senggang pelajar. Terdapat tiga kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan ini berakhir dengan penyampaian hamper kepada para pemenang. Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan 1, diikuti tempat kedua iaitu kumpulan 3 dan pemenangnya ialah Kumpulan 2. Kami berharap agar program sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang dengan sambutan yang lebih hangat daripada biasa.

~MEMBANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN~


-Created by: Sarah (EXCO PUBLISITI 2011/2012)

No comments: