Sejarah PRS

Tokoh: Prof Zuraidah Abdul Rahman.

Feb 1986: Eksperimen sulung implementasi PRS yang melibatkan 4 buah sekolah.

19 Jan 1987: Seminar Kebangsaan Pertama di IPPN melibatkan guru kaunseling dan Pegawai Hem yang terpilih. Gelaran Pembimbing Rakan Sebaya diterima sebulat suara.

7 Jan 1988: Kursus Jurulatih PRS pertama diadakan melibatkan 34 orang guru kaunseling dan sijil disampaikan Tuanku Sultan Pahang ketika itu. Diikuti pula seterusnya kursus teragih di peringkat negeri untuk melatih PRS dengan dedikasi.

Sept 1991: Mendapat sumbangan pembiayaan dari Bank Dunia, prof mengetuai Konsultasi Modul PRS, bersama rakan beliau ke USA dan USC dan berjuma dengan DR Robert Bowman. Namun dalam kalangan 4 orang yang dibawa bersama konsultansi hanya seorang yang kekal bergerak.

Feb 1989: Kajian Pelaksanaan Program

Disember 1990: Seminar Hala Tuju Program. Selain itu di bawah tajaan Kedutaan Amerika pada September 1990 beliau menjelajah sekolah secara menyeluruh dan di sinilah beliau bersua muka dengan Bob@ Robert Bowman. Dan disokong secara jarak jauh oleh Saudara Bob. Encik Bob melawat PRS Sarawak pada tahun 2005.

Jun 1991: Kursus Intensif PRS selama 3 bulan melibatkan 42 orang kaunselor di IAB. Pentauliahan turut diberi.

Jun 1992: Mendapat pngiktirafan sulung. Terlibat dalam National Peer Helper Conference di Chicago dan bertemu muka dengan penulis tersohor Bab Myrick dan Barbara Varenhost.

Seterusnya beliau dipindahkan dari IAB ke bahagian sekolah, lalu dengan pantasnya konsep PRS dilaksanakan. Mendapat sokongan Dato Asiah Abu Samah.

1993: Beliau bersara awal, namun masih giat bersama program PRS. Buku 'Boleh Saya Tolong Anda' ditulis sebagai panduan dan kini dijadikan rujukan kaunselor dan PRS seluruh negara.

Di Kementerian Pendidikan 1993 beliau turut mengeluarkan Modul Latihan Asas PRS dan Buku Rekod PRS serta beberapa artikel sebagai sumbangan danbuku rujukan.

Seterusnya: Menerbitkan 'PRS Langkah Seterusnya' sebagai penulisan kedua dan turut menterjemahkan karya Dr Myrick dan menambah senarai rujukan para kaunselor.

Selepas bersara: Agak jarang mendengar berita mengenai PRS namun mengetahui salah seorang rakan yang bersama ke USA iaitu PakSu@ HAji Shahabudin memperkenalkan PERASA. Manakala di JPA PRS/AKRAM turut dijalankan bagi memberi bantuan secara latihan berfokus dan mensasarkan staf kerajaan.

2001: Berkhidmat di UNIMAS melatih pelajar kaunseling dan meneruskan program2 PRS dibantu oleh Cik Amalia

Sehingga kini: PRS di institusi pengajian tinggi digerakkan dengan pelbagai motivasi dan masih lagi berjalan.

 
Sumber: Pembentangan Kertas Kerja " Sejarah, Program dan Matlamatnya" oleh Prof. Zuraidah Abdul Rahman.