Sunday 1 April 2012

PROGRAM KEPIMPINAN KELAB KAUNSELING & PRS IPT KEBANGSAAN (PROKEP) 2011


Pada 7-9 Oktober 2011, Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita telah menganjurkan Program Kepimpinan Persatuan dan PRS IPT Kebangsaan 2011 (PROKEP) di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka. Bengkel ini disertai tiga orang Majlis Tertinggi PRS UNIMAS iaitu saudari Zulaikha Suhai, Lorina bt Usop dan Empina Ak Jabang.





Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai objektifnya. Antaranya membincangkan isu-isu semasa kepimpinan kaunseling dan bidang profesion membantu (helpers) di IPT, membentuk dan membina karekter kepimpinan dalam Kelab/ Persatuan dan mengasah bakat dan ciri-ciri kepimpinan bersesuaian dengan khidmat memberi pertolongan dan membantu. Walaupun hanya 8 universiti dan politeknik sahaja yang mengikuti program tersebut, kami berharap agar program ini menjadi batu loncatan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah di masa hadapan. 



No comments: