Friday 7 October 2011

Kursus Induksi BAYU & PRS

Pada 30 September hingga 2 Oktober 2011, Badan Budaya UNIMAS (BAYU) dengan kerjasama kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UNIMAS telah mengadakan kursus induksi yang bertempat di Taman Negara Kubah. Kursus ini disertai oleh 28 orang peserta dan AJK pelaksana yang terdiri daripada Majlis Tertinggi BAYU, Majlis Tertinggi PRS dan ahli baru PRS yang terpilih.

Pada 30 September, aktiviti dimulakan pada sebelah malam selepas selesainya menunaikan solat Isya'. Slot pertama yang dijalankan adalah LDK 1: Ice Breaking




Hari kedua diteruskan dengan taklimat keselamatan oleh pegawai yang bertugas di Taman Negara Kubah.


Selesai taklimat, peserta dibawa untuk merond kawasan sekitar sebelum memulakan LDK 2. LDK 2: Perbincangan Kertas Kerja telah diambil alih oleh Presiden BAYU, Hafizin Othman. Dalam LDK ini, peserta diberi pendedahan mengenai cara-cara membuat kertas kerja dengan betul dan mengikut format yang ditetapkan. Dalam LDK 3: Pembentangan Kertas Kerja, peserta diagihkan mengikut kelab masing-masing dan diminta untuk menyediakan satu kertas kerja untuk kelab masing-masing. Antara kertas kerja yang disediakan adalah kertas kerja dalam UNIMAS, kertas kerja luar UNIMAS, kertas kerja usahasama tanpa bajet BHEP&A dan kertas kerja usahasama luar.


LDK 4: Modul Kepimpinan telah diambil alih oleh Presiden PRS, Zulaikha Suhai. Aktiviti pertama dalam modul ini adalah "Tic Tac Toe". Aktiviti ini menekankan konsep komunikasi dalam organisasi. Aktiviti seterusnya adalah soalan berkaitan kepimpinan yang telah disediakan oleh Penasihat PRS, Tuan Haji Sa'aidin Sulaiman. Dalam modul ini, peserta didedahkan dengan pentingnya mengetahui ciri-ciri pemimpin serta dapat dikaitkan dengan peserta. Aktiviti diteruskan dengan "Ikatan Kasih". Aktiviti ini menekankan konsep bekerjasama, komunikasi dan berfikiran secara kritis.




Pada sebelah petang, aktiviti sukaneka dijalankan.




Pada sebelah malam, aktiviti diteruskan dengan persembahan dari setiap kumpulan.

Pada hari terakhir, Jungle Trekking ke air terjun merupakan aktiviti terakhir bagi kursus ini. Perjalanan hampir 1 jam 30 minit ke air terjun amat mencabar dengan keadaan jalan yang licin.



Secara keseluruhannya, kursus ini amat menarik dan telah mencapai objektifnya. Di harap usahasama antara kelab seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

No comments: