- Makan kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekaligus.
- Tidur awal dan bangun awal.
- Setiap hari, letakkan sesudu madu dalam segelas air panas. Bila suam, minum air tersebut.
- Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.
- Buat stretching apabila bangun dari tidur.
- Banyakkan makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
- Pasang aromatherapy setiap minggu.
- Tarik nafas sedalam yang mungkin dan tahan 4 saat, lepaskan perlahan-lahan melalui mulut. Lakukan 10 kali setiap pagi.
- Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa ketika mengalami masalah.
- Membaca al-Quran dan mencuba menghafal setiap hari.
- Sayangi ibu bapa, ahli keluarga, kawan, mentor, pensyarah.
- Tidak bercampur dengan bukan muhrim kecuali bila ada keperluan (group discussion/meeting)
Thursday, 12 April 2012
Tips Mengubat Pelupa
Sunday, 1 April 2012
Borang Permohonan Exco PRS UNIMAS sesi 2012/2013
Borang Permohonan Exco Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UNIMAS sesi 2012/2013 dibuka sekarang. Borang tersebut boleh didapati pada perjumpaan mingguan PRS atau hubungi mana-mana Majlis Tertinggi / Exco PRS sesi 2011/2012.
*rujuk di ruangan "Hubungi Kami" untuk menghubungi mana-mana Majlis Tertinggi/ Exco sesi 2011/2012*
"Membantu Diri Untuk Membantu Orang Lain"
PROGRAM KEPIMPINAN KELAB KAUNSELING & PRS IPT KEBANGSAAN (PROKEP) 2011
Pada
7-9 Oktober 2011, Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dengan kerjasama Jabatan
Pembangunan Wanita telah menganjurkan Program Kepimpinan Persatuan dan PRS IPT
Kebangsaan 2011 (PROKEP) di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka. Bengkel ini
disertai tiga orang Majlis Tertinggi PRS UNIMAS iaitu saudari Zulaikha Suhai,
Lorina bt Usop dan Empina Ak Jabang.
Secara
keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai objektifnya. Antaranya membincangkan
isu-isu semasa kepimpinan kaunseling dan bidang profesion membantu (helpers) di
IPT, membentuk dan membina karekter kepimpinan dalam Kelab/ Persatuan dan
mengasah bakat dan ciri-ciri kepimpinan bersesuaian dengan khidmat memberi
pertolongan dan membantu. Walaupun hanya 8 universiti dan politeknik sahaja
yang mengikuti program tersebut, kami berharap agar program ini menjadi batu
loncatan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah di masa hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)