Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Tips Mengubat Pelupa



  1.  Makan kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekaligus.
  2. Tidur awal dan bangun awal.
  3. Setiap hari, letakkan sesudu madu dalam segelas air panas. Bila suam, minum air tersebut.
  4. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.
  5. Buat stretching apabila bangun dari tidur.
  6. Banyakkan makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
  7. Pasang aromatherapy setiap minggu.
  8. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan tahan 4 saat, lepaskan perlahan-lahan melalui mulut. Lakukan 10 kali setiap pagi.
  9. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa ketika mengalami masalah.
  10. Membaca al-Quran dan mencuba menghafal setiap hari.
  11. Sayangi ibu bapa, ahli keluarga, kawan, mentor, pensyarah.
  12. Tidak bercampur dengan bukan muhrim kecuali bila ada keperluan (group discussion/meeting)

Monday, 3 October 2011

Pendaftaran Keahlian dan Perjumpaan Pertama


Perjumpaan pertama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UNIMAS:

Tarikh: 5 OKTOBER 2011
Masa: 7.30-10.30mlm
Tempat: BS1, CTF1

Kepada semua ahli baru yang telah mendaftar, anda dikendaki membawa RM5 untuk yuran pendaftaran.
Kepada ahli lama, keahlian anda akan diluputkan sekiranya anda tidak membayar yuran keahlian.
Untuk bayaran, sila bayar kepada Bendahari Kehormat PRS.

Untuk ahli yang berminat untuk menjadi EXCO PRS sesi 2011/2012, anda diminta untuk menunggu sebentar selepas perjumpaan pada malam tersebut.

" Membantu diri untuk membantu orang lain"

P/s: Sila layari FB Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UNIMAS untuk keterangan lanjut :)

Saturday, 23 April 2011

Final Exam


 Selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2 sesi 2010/2011 untuk semua mahasiswa & mahasiswi UNIMAS..semoga kita semua mendapat kejayaan setimpal dgn usaha yg diberikan.. :)

Wednesday, 30 March 2011

AGM

Selamat sejahtera & salam 1 Malaysia. Mlm nie akan diadakan AGM (Annual Grand Meeting) PRS utk tahun 2011.


Semua ahli PRS dijemput hadir memeriahkan lagi majlis nie. Sekian, Terima kasih ^^

"Membantu diri untuk membantu orang lain"

by:cik bendahari 2010/2011