Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, 1 April 2012

PROGRAM KEPIMPINAN KELAB KAUNSELING & PRS IPT KEBANGSAAN (PROKEP) 2011


Pada 7-9 Oktober 2011, Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita telah menganjurkan Program Kepimpinan Persatuan dan PRS IPT Kebangsaan 2011 (PROKEP) di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka. Bengkel ini disertai tiga orang Majlis Tertinggi PRS UNIMAS iaitu saudari Zulaikha Suhai, Lorina bt Usop dan Empina Ak Jabang.





Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai objektifnya. Antaranya membincangkan isu-isu semasa kepimpinan kaunseling dan bidang profesion membantu (helpers) di IPT, membentuk dan membina karekter kepimpinan dalam Kelab/ Persatuan dan mengasah bakat dan ciri-ciri kepimpinan bersesuaian dengan khidmat memberi pertolongan dan membantu. Walaupun hanya 8 universiti dan politeknik sahaja yang mengikuti program tersebut, kami berharap agar program ini menjadi batu loncatan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah di masa hadapan. 



Tuesday, 22 November 2011

PERTANDINGAN BOLING PRS UNIMAS

Pada 19 November 2011, Pembimbing Rakan Siswa UNIMAS telah menganjurkan pertandingan boling dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswa UNIMAS. Pertandingan ini diadakan di BHEP dan bermula dari pukul 7.30 malam dan tamat pada 9.00 malam. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan mengisi masa senggang pelajar. Terdapat tiga kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan ini berakhir dengan penyampaian hamper kepada para pemenang. Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan 1, diikuti tempat kedua iaitu kumpulan 3 dan pemenangnya ialah Kumpulan 2. Kami berharap agar program sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang dengan sambutan yang lebih hangat daripada biasa.

~MEMBANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN~


-Created by: Sarah (EXCO PUBLISITI 2011/2012)

Tuesday, 1 November 2011

Sehari Seminar Siswa Anti-Rasuah

Pada 29 Oktober 2011, PRS UNIMAS telah mengikuti Sehari Seminar Siswa Anti-Rasuah yang dianjurkan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah (IPT) UNIMAS yang diadakan di Auditorium CAIS. PRS UNIMAS telah menghantar 3 orang wakil, iaitu Zulaikha Suhai (Presiden Eksekutif), Siti Nur Ridhwana Majid (Exco Akademik & Kerjaya) dan Wan Nur Izzati bt Wan Mohamad (Exco Korporat).


Seminar ini juga dihadiri oleh pelajar dari UiTM Samarahan.  

Penceramah pertama dari Fakulti Sains Sosial

Antara peserta yang hadir ke seminar tersebut

Penceramah ke-2 membincangkan tentang "SPRM Dari Kaca Mata Masyarakat"

Sepanjang seminar berlangsung, kami telah didedahkan dengan banyak pengetahuan tentang ciri-ciri rasuah, jenis-jenis rasuah dan sebagainya.

 Perbincangan dalam kumpulan pada slot "Sumbangsaran"

 Ahli kumpulan Zulaikha

 Ahli kumpulan Ridhwana

 Pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan

 Pelbagai gaya pembentangan dari peserta

 Pembentangan dari kumpulan Izzati


 Ucapan dari TNC semasa Majlis Perasmian Penutupan seminar

 TNC, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM dan Pengarah Program

 3 wakil PRS yang hadir ke seminar tersebut

AJK Pelaksana Program bersama YDP dan Exco MPP

Kami berharap agar program seumpama ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dan dapat dihadiri oleh lebih ramai lagi ahli PRS UNIMAS dan tidak hanya diwakili oleh MT dan Exco PRS sahaja.

"Membantu Diri Untuk Membantu Orang Lain"

by: Miss Pres :)

Friday, 7 October 2011

Kursus Induksi BAYU & PRS

Pada 30 September hingga 2 Oktober 2011, Badan Budaya UNIMAS (BAYU) dengan kerjasama kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UNIMAS telah mengadakan kursus induksi yang bertempat di Taman Negara Kubah. Kursus ini disertai oleh 28 orang peserta dan AJK pelaksana yang terdiri daripada Majlis Tertinggi BAYU, Majlis Tertinggi PRS dan ahli baru PRS yang terpilih.

Pada 30 September, aktiviti dimulakan pada sebelah malam selepas selesainya menunaikan solat Isya'. Slot pertama yang dijalankan adalah LDK 1: Ice Breaking




Hari kedua diteruskan dengan taklimat keselamatan oleh pegawai yang bertugas di Taman Negara Kubah.


Selesai taklimat, peserta dibawa untuk merond kawasan sekitar sebelum memulakan LDK 2. LDK 2: Perbincangan Kertas Kerja telah diambil alih oleh Presiden BAYU, Hafizin Othman. Dalam LDK ini, peserta diberi pendedahan mengenai cara-cara membuat kertas kerja dengan betul dan mengikut format yang ditetapkan. Dalam LDK 3: Pembentangan Kertas Kerja, peserta diagihkan mengikut kelab masing-masing dan diminta untuk menyediakan satu kertas kerja untuk kelab masing-masing. Antara kertas kerja yang disediakan adalah kertas kerja dalam UNIMAS, kertas kerja luar UNIMAS, kertas kerja usahasama tanpa bajet BHEP&A dan kertas kerja usahasama luar.


LDK 4: Modul Kepimpinan telah diambil alih oleh Presiden PRS, Zulaikha Suhai. Aktiviti pertama dalam modul ini adalah "Tic Tac Toe". Aktiviti ini menekankan konsep komunikasi dalam organisasi. Aktiviti seterusnya adalah soalan berkaitan kepimpinan yang telah disediakan oleh Penasihat PRS, Tuan Haji Sa'aidin Sulaiman. Dalam modul ini, peserta didedahkan dengan pentingnya mengetahui ciri-ciri pemimpin serta dapat dikaitkan dengan peserta. Aktiviti diteruskan dengan "Ikatan Kasih". Aktiviti ini menekankan konsep bekerjasama, komunikasi dan berfikiran secara kritis.




Pada sebelah petang, aktiviti sukaneka dijalankan.




Pada sebelah malam, aktiviti diteruskan dengan persembahan dari setiap kumpulan.

Pada hari terakhir, Jungle Trekking ke air terjun merupakan aktiviti terakhir bagi kursus ini. Perjalanan hampir 1 jam 30 minit ke air terjun amat mencabar dengan keadaan jalan yang licin.



Secara keseluruhannya, kursus ini amat menarik dan telah mencapai objektifnya. Di harap usahasama antara kelab seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Thursday, 31 March 2011

Aktiviti Sem 2 sesi 2010/2011








Majlis Makan Malam PRS














Kem Bulan Purnama & Hari Senyum













Jungle Trekking-Matang Wildlife




by:Bendahari Kehormat 1 2010/2011